Ahad, 18 Mei 2014






SELAMAT DATANG KE BLOG KOPERASI POLIS TERENGGANU BERHAD


Sejarah awal penubuhan Koperasi Polis Terengganu Berhad bermula pada tahun 1975. telah diluluskan penubuhannya pada 11/1/1978. Pada mulanya koperasi ini dikenali sebagai Koperasi Anggota Polis Pangkat Rendah Negeri Terengganu Berhad dan telah ditukar kepada nama baru iaitu Koperasi Polis Terengganu Berhad(KPTB)  yang telah dikuatkuasakan pada 03 Disember 1995 beralamat di Ladang Koperasi  Polis Terengganu Berhad, D/A Wakil Pos Batu 16, Jalan Air Putih, 24030 Kemaman, Terengganu. Di antara tujuan KPTB ditubuhkan ialah mendapatkan tanah bagi penanaman kelapa sawit. Sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota. Selain itu, KPTB juga memberi faedah sebanyak 10% daripada jumlah saham kepada setiap anggota. KPTB juga memberi bantuan pendidikan dan  persekolahan kepada anggota setiap tahun.

Koperasi ini terus berkembang dan maju dari mulanya di bawah Pengerusinya yang dahulu Allahyarham Tuan Hj. Abd. Rahman bin Haji Majid dan kini diteruskan oleh En.Kamarudin Bin Hashim di mana tanah milik koperasi seluas 815 hektar. Sehingga kini 737 hektar tanah milik KPTB telah ditanam dan diusahakan dengan menanam pokok kelapa sawit dan selebihnya tidak boleh ditanam pokok sawit dan lain-lain seperti kawasan perumahan (4.00 hektar), kawasan paya kosong kerap banjir (25.00 hektar), kawasan bukit curam (tidak sesuai tanam kelapa sawit tetapi boleh tanam pokok getah/rotan (40.40 hektar) dan baki selebihnya kawasan terlalu curam/batu (8.60 hektar) menjadikan jumlahnya sebanyak 815 hektar.
Koperasi Polis Terengganu Berhad mempunyai ibu pejabat yang terletak di 3664, Taman Rashidah, Chendering, 21080 Kuala Terengganu. Dan pejabat ladang yang terletak di Ladang Koperasi Polis Terengganu Berhad, D/A Wakil Pos Batu 16, Jalan Air Putih, 24030 Kemaman, Terengganu.

Selepas Mesyuarat Agung kali ke-33 Anggota Lembaga yang dilantik telah membuat perubahan dalam pengurusan koperasi ini. Perubahan ini termasuklah membetulkan struktur organisasi dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan serta mengemaskinikan akaun anggota dan koperasi. Selain itu, pihak koperasi telah melantik seorang pegawai pengurusan pentadbiran koperasi bagi menambah keperluan koperasi bagi memantapkan lagi perjalan koperasi untuk berkembang maju. Perubahan ini telah memberikan impak yang positif kepada koperasi.